Posts

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔 5 Jun 2023 - Patik mewakili Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh rakyat jelata Negeri Melaka merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pada 5 Jun 2023 bersamaan 6 Zulkaedah 1444H. Patik mendoakan semoga Allah SWT terus menganugerahkan KDYMM Tuanku kekuatan dan keberkatan untuk terus kekal bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan. Patik juga berdoa mudah-mudahan KDYMM Tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta semua putera, puteri dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya jua, dilanjutkan usia serta berada dalam keadaan sihat walafiat selama-lamanya. Daulat Tuanku! #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia #BijakLaksanaTuah #BeraniLaksanaJebat

Penderitaan seorang kanak-kanak berusia 15 bulan, Muhammad Athif Fahri Mohd. Farhan yang menghidap penyakit genetik jarang berlaku, Atrofi Otot Spina (SMA). Muhammad Athif Fahri memerlukan suntikan ubat jenis genetik Zolgensma berharga AS$2.1 juta (RM9.42 juta) untuk kesan pulih seumur hidup. Marilah kita bersama-sama membantu adik athif secepatnya. "Athif Memerlukan Bantuan Kita " #MelakakuMajuJaya #RakyatBahagia #MenggamitDunia #MelakaRESPONSIVE #MalaysiaMadani #BabyAthif

🌳🌳 GOTONG ROYONG MINGGUAN🌳🌳 MAJLIS PERBANDARAN JASIN BERSAMA KOMUNITI Urusetia: Jabatan Lanskap dan Perkhidmatan Bandar, MPJ Lokasi : Felcra Desa Mesra Perdana, Bukit Sedanan. Turut hadir YB Tuan Fairul Nizam bin Roslan, Clr. Puan Zaiton Binti Mamat (Ahli Majlis Kawasan), kepimpinan masyarakat dan komuniti setempat. Sekiranya wakil penduduk berhasrat untuk mengadakan aktiviti gotong royong, bolehlah memhubungi Pegawai Khas DUN MPJ atau Ahli Majlis MPJ kawasan masing-masing. 📣📣📣 "MENJAGA KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA"... ANDA BOLEH!! Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! Facebook : https://www.facebook.com/mpjasin Instagram : @mpjasin_official Twitter : @mp_jasin Tiktok : @mpjasin_official Blogspot : mpjasin.blogspot.com YouTube : @majlisperbandaranjasin9368

Alhamdulillah. Selesai mempengerusikan Mesyuarat Berkaitan 𝗜𝘀𝘂-𝗜𝘀𝘂 𝗗𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 (DRN Melaka) di Lembaga Perumahan Melaka. Untuk perkongsian, Dasar Perumahan Negeri Melaka (DRN) memainkan peranan dalam memangkin lonjakan ekonomi Negeri Melaka melalui Industri Hartanah di Melaka. Antara perkara penting yang dibincangkan adalah berhubung penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap DRN Negeri Melaka. Beberapa aspek yang dititikberatkan seperti keluasan pembangunan, kadar potongan harga dan hal-hal lain. Turut hadir bersama adalah YB Timbalan EXCO dan YBrs. Pengarah Lembaga Perumahan Melaka. Semoga pelaksanaan DRN ini dapat lebih ditambahbaik, demi kesejahteraan rakyat Negeri Melaka. Rais Yasin #MalaysiaMadani #DemiPayaRumput #BijakLaksanaHangTuah #BeraniLaksanaHangJebat #MelakakuMajuJayaRakyatbahagiaMenggamitDunia

KERJA-KERJA SAPUAN HARIAN DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAAN JASIN (MPJ) Kerja - kerja sapuan harian oleh kontraktor sapuan lantikan MPJ dalam usaha melestarikan kebersihan persekitaran. Pihak MPJ amat berharap agar orang awam tidak membuang sampah merata - rata kerana menjaga kebersihan adalah tanggungjawab yang perlu ada pada setiap rakyat Malaysia sebagai rakyat negara maju yang memiliki minda kelas pertama. Justeru, kerjasama komuniti amat diharap dalam memastikan matlamat Jasin bebas sampah tercapai. 📣📣📣 "MENJAGA KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA"... ANDA BOLEH!!!! YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari YB Datuk Rais Yasin Kerajaan Negeri Melaka Melaka Hari Ini MELAKAfm Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! Facebook : https://www.facebook.com/mpjasin Instagram : @mpjasin_official Twitter : @mp_jasin Tiktok : @mpjasin_official Blogspot : mpjasin.blogspot.com YouTube : @majlisperbandaranjasin9368 Website : www.mpjasin.gov.my Emel : info@mpjasin.gov.my #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #MelakaRESPONSIVE #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia

Jabatan Kejuruteraan (JKJ) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menjalankan kerja membaiki semula bumbung pondok bas yang rosak. MPJ sentiasa mengambil berat bagi kesempurnaan untuk kegunaan orang ramai. "WIRA-WIRA MPJ YANG HEBAT" "MENJAGA HARTA BENDA AWAM TANGGUNGJAWAB BERSAMA" "MENJAGA KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA. ANDA BOLEH!!!" Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! Facebook : https://www.facebook.com/mpjasin Instagram : @mpjasin_official Twitter : @mp_jasin Tiktok : @mpjasin_official Blogspot : mpjasin.blogspot.com YouTube : @majlisperbandaranjasin9368 Website : www.mpjasin.gov.my Emel : info@mpjasin.gov.my #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #MelakaRESPONSIVE #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia

❤️⚠️Menjaga Kebersihan Adalah Tanggungjawab Bersama❤️⚠️ Jagalah kebersihan alam sekitar demi kelestarian alam untuk generasi kita yang akan datang. Buang sampah ke dalam tong sampah. Jika tiada tong sampah di tempat anda kunjungi, kumpulkan sampah itu untuk di buang ke tong sampah berhampiran. Hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Ambil masa 10 minit seminggu untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! Facebook : https://www.facebook.com/mpjasin Instagram : @mpjasin_official Twitter : @mp_jasin Tiktok : @mpjasin_official Blogspot : mpjasin.blogspot.com YouTube : @majlisperbandaranjasin9368 Website : www.mpjasin.gov.my Emel : info@mpjasin.gov.my #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #MelakaRESPONSIVE #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia

Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), YBrs. Tuan Rosemanizam bin Mohammed Nalif menghadiri Mesyuarat Penutup (Exit Conference) Pengauditan Terhadap Pengurusan Program Bandar Selamat di Jabatan Audit Negara, di sini, hari ini. Turut hadir sama, Pengarah Kejuruteraan MPJ, Ir. Muhammad Hiriddin bin Hisham. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! Facebook : https://www.facebook.com/mpjasin Instagram : @mpjasin_official Twitter : @mp_jasin Tiktok : @mpjasin_official Blogspot : mpjasin.blogspot.com YouTube : @majlisperbandaranjasin9368 Website : www.mpjasin.gov.my Emel : info@mpjasin.gov.my #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #MelakaRESPONSIVE #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia

⚠⚠⚠PEMAKLUMAN AWAM IKLAN SEBUTHARGA⚠️⚠️⚠️ Sebut harga adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang berdaftar di Melaka serta berdaftar dengan MPJ yang mempunyai sijil-sijil berikut iaitu Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PP), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut : 1. No. Sebutharga : S20/2023 Tajuk Projek : Kerja-Kerja Menaiktaraf Bangunan Dewan Alamanda, MP Jasin 2. No. Sebutharga : S21/2023 Tajuk Projek : Menaiktaraf Infrastruktur Bandar Jasin Bestari, MP Jasin 3. No. Sebutharga : S22/2023 Tajuk Projek : Menyelenggara Kolam Takungan RnR @ Batu 14, Bemban, MP Jasin Permohonan dokumen Sebut harga adalah secara Atas Talian (Online). Segala Urusan Tawaran, Pembelian dan keterangan lanjut HANYA boleh dimuat turun dari SISTEM TENDER ONLINE MELAKA (STOM) yang boleh dicapai melalui alamat http://stom.melaka.gov.my Tarikh Jualan Sebutharga : 06 Jun 2023 (Selasa), Jam 8.00 Pagi Tarikh Tutup Sebutharga : 12 Jun 2023 (Selasa), Jam 11.59 Malam

SEKITAR PEMBUKAAN AUDIT PENSIJILAN MS ISO 9001 : 2015 OLEH SIRIM Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah menerima kedatangan Ketua Pasukan Audit, Seksyen Civil & Binaan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan SIRIM QAS International Sdn Bhd, Ts. Mohd Faizul bin Yusof bagi pembukaan Audit Peringkat 1, Pensijilan MS ISO 9001 : 2015 selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Jun 2023. Sesi pembukaan mesyuarat audit ini turut dihadiri Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), YBrs. Tuan Rosemanizam bin Mohammed Nalif dan turut menyampaikan ucapan aluan. Turut hadir sama, Setiausaha MPJ, En. Muhammad Zahiruddin bin Mohd Zahari serta Pengarah Jabatan MPJ. YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari YB Datuk Rais Yasin YB Tuan Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin Kerajaan Negeri Melaka Melaka Hari Ini MELAKAfm Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! Facebook : https://www.facebook.com/mpjasin Instagram : @mpjasin_official Twitter : @mp_jasin Tiktok : @mpjasin_official Blogspot : mpjasin.blogspot.com YouTube : @majlisperbandaranjasin9368 Website : www.mpjasin.gov.my Emel : info@mpjasin.gov.my #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #MelakaRESPONSIVE #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia

Hari ini saya diamanahkan untuk mempengerusikan Mesyuarat Pemutihan Pelaksanaan Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim bagi Pepejal Komersial, Perindustrian dan Keinstitusian) di Seri Negeri. Mesyuarat ini membincangkan isu-isu yang melibatkan pengurusan sisa pepejal ICI dan juga berkenaan cadangan lokasi projek perintis bagi melaksanakan Smart Deep Collection. Dalam masa yang sama, saya juga telah diberikan taklimat berkenaan Smart Deep Collection System daripada Syarikat Zaquin Resources Sdn. Bhd. Idea yang menarik kerana sistem pengurusan pepejal ini menggabungkan Teknologi Internet of Things (IoT) dan juga Industri 4.0 bagi menghasilkan inovasi canggih sebegini. Turut dihadiri oleh KPSU (K), Unit Kerajaan Tempatan, YDP Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan juga YDP Majlis Perbandaran Jasin. InsyaAllah, saya percaya pihak kerajaan sentiasa komited untuk menjadikan Negeri Melaka negeri utama dalam meneroka penggunaan hasil inovasi dan teknologi baharu. Rais Yasin