Tuesday, April 17, 2012

Tingkat Tahap Kebersihan dan Keceriaan-MPJ Ambil Langkah Proaktif Anjur Aktiviti

JASIN, 20 Mac - Aktiviti gotong-royong anjuran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melibatkan anggota masyarakat dilihat mampu meningkat tahap kebersihan serta keceriaan kawasan penempatan penduduk.

Selain itu, penganjuran aktiviti gotong-royong ini juga dilihat selari dengan status Melaka sebagai Negeri Maju, di mana elemen keceriaan dan kebersihan merupakan salah satu dari indikator untuk menjadi sebuah Negeri Maju.

Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah menganjurkan Program Gotong-royong Perdana dan Dialog di Taman Abdul Aziz (TDAA) Pulai di sini, kelmarin.

Majlis tersebut telah di pengerusikan Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman dan turut hadir sama, Ahli Parlimen Jasin.Datuk Wira Ahmad Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Ghazale Muhamad, Ketua Ahli Majlis MPJ, Zaidi Atan, Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Zakaria Abu Bakar, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) TDAA Pulai, Norhan Abu Samah, Ketua-ketua Jabatan MPJ serta penduduk sekitar kawasan.

Sementara itu, Ainu Nizla berkata, usaha yang dilakukan itu sebagai pendorong kepada semua peringkat masyarakat khususnya generasi sekarang bagi mengembalikan amalan tradisi rakyat Malaysia itu yang semakin terhakis.

Jelasnya, selain itu, ianya juga merupakan langkah proaktif MPJ dalam usaha meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan sekitar kawasan ini.

"Aktiviti mengadakan gotong-royong ini juga sebagai langkah positif berikutan Melaka juga dikenali sebagai negeri pelancongan terunggul.Aspek kebersihan merupakan elemen penting dalam usaha menarik lebih ramai pelancong dari dalam mahupun luar negara untuk berkunjung ke negeri ini, " katanya.

Selain itu, aspek kebersihan merupakan salah satu dari indikator yang telah ditetapkan bagi mencapai status Negeri Maju.

Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya masyarakat setempat menjaga kebersihan dan tidak hanya mengharapkan PBT serta agensi berkaitan semata-mata bagi membersihkan sesuatu kawasan itu.

" Jika semua anggota masyarakat dapat menjaga serta mengamalkan kebersihan dalam kehidupan, nescaya kawasan-kawasan perumahan mahupun kampung-kampung akan sentiasa dalam keadaan bersih serta ceria, " katanya.

Oleh itu, jelasnya komitmen dan semangat bekerjasama ini perlu dilakukan secara berterusan membabitkan setiap Ahli Majlis PBT menerusi program gotong-royong di kawasan masing-masing.

Pada perkembangan lain, beliau berkata, program seumpama ini juga dilihat sebagai platform kepada warga MPJ mengeratkan hubungan dengan masyarakat di samping bersama berusaha menjaga kebersihan negeri ini khususnya daerah ini.
Pada majlis tersebut, MPJ turut membuka kaunter bayaran cukai taksiran bagi memudahkan orang ramai melunaskan cukai taksiran.

Sumber: Melaka Hari Ini, Rabu 21 Mac 2012

Selari Menuju Wawasan 2020-Warga Kerja MPJ Disaran Siap Sedia Lakukan Transformasi

JASIN, 20 Mac - Penjawat awam khususnya warga kerja Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) disaran bersiapb sedia melakukan transformasi sikap ke arah lebih positif selaras insentif diberi kerajaan kepada mereka.

Yang Dipertua MPJ, Murad Husin berkata, penjawat awam khususnya anggota MPJ wajar membuat perubahan dari segi pemikiran dan sahsiah diri agar dapat mengelakkan sikap pentingkan diri sendiri sekali gus mampu memberi sumbangan kepada negeri dan negara.

Beliau berkata, setiap warga MPJ seharusnya berfikir apakah sumbangan mereka kepada majikan dan negara kerana penjawat awam banyak memperolehi manfaat dari kerajaan.

"Jangan kita asyik fikirkan datang kerja hanya untuk memenuhi ruang masa lapan jam sehari tanpa ada rasa ingin meningkatkan produktiviti kerja serta taraf ekonomi ke arah yang lebih baik.

"Jika ini yang kita amalkan sepanjang perkhidmatan kita dan mengambil sikap sambil lewa terhadap segala tugasan yang diberi, tidak mustahil produktiviti sesebuah organisasi itu menurun dan masyarakat hilang kepercayaan kepada kita khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," katanya semasa berucap di Majlis Perhimpunan Pagi Bulanan Di Perkarangan Letak Kereta MPJ, disini, semalam.

Jelas Murad, adalah penting agar setiap anggota MPJ mempunyai displin diri dan kerja yang tinggi selari menuju Wawasan 2020.

Pada perkembangan lain, penjawat awam perlu memainkan peranan besar dalam melaksanakan tugasan yang diberi selari objektif untu mencapai kecemerlangan.

"Semua jabatan ada objektif serta misi untuk cemerlang, jadi sebagai penjawat awam kita perlu memainkan peranan," katanya.

Melaka Hari Ini, Rabu 21 Mac 2012.

Thursday, March 10, 2011

Jadual Kiraan Slot Iklan di Persimpangan Taman Maju

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengiklankan produk-produk anda di Led TV Display di Persimpangan Taman Maju

Pakej Mingguan

NO

PERKARA

HARGA (RM)

1

Charge per second (1 sec)

0.10

2

Charge per slot (30 sec)

3.00

3

Charge per day (30 slot)

90.00

4

Charge per week (7 days)

630.00

Pakej Bulanan

NO

PERKARA

HARGA (RM)

1

Charge per second (1 sec)

0.08

2

Charge per slot (30 sec)

2.40

3

Charge per day (30 slot)

72.00

4

Charge per month (30 days)

2,160.00


Pakej Tahunan

NO

PERKARA

HARGA (RM)

1

Charge per second (1 sec)

0.05

2

Charge per slot (30 sec)

1.50

3

Charge per day (30 slot)

45.00

4

Charge per month (30 days)

1,350.00

5

Charge per year (1 year)

16,200.00


* Masa Operasi : Dari 7.00 pagi - 1.00 pagi
* 2160 slot sehari

*** Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En. Mohamad Fadli b. Muhamad Salleh di talian 06-5291245

Thursday, January 20, 2011

Majlis Perbandaran Jasin ingin mengucapkan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Datuk Hidhir bin Abu Hassan (Adun Merlimau ).... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... AL-FATIHAH...

Sunday, December 5, 2010

Awal Muharam

Yang Dipertua, Ahli-ahli Majlis dan
Semua Warga Kerja Majlis Perbandaran Jasin
Mengucapkan
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H

Wednesday, December 1, 2010

TANDAS 1MALAYSIA JASIN RAIH GANGSA

JASIN- Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mencipta sejarah mengharumkan nama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini apabila berjaya merangkul Anugerah Pingat Gangsa bagi Kategori Tandas Bersih 1Malaysia peringkat kebangsaan yang diadakan di Hotel Lagend, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang Dipertua MPJ, Murad Husin, berkata anugerah yang diterima itu adalah pengiktirafan terbesar kepada MPJ dan Kerajaan Negeri Melaka yang sentiasa mengutamakan aspek kebersihan tandas awam di Melaka.

Beliau berkata, Tandas 1Malaysia di Taman Muhibah berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah dan MPJ itu berjaya menarik perhatian juri menerusi beberapa kriteria yang berteraskan konsep 1Malaysia dan mesra pengguna.

"Kejayaan ini amat membanggakan MPJ ianya satu-satunya tandas berkonsepkan 1Malaysia yang ada di Melaka dan paling menggembirakan ia antara tandas yang bersih daripada 148 PBT yang turut menyertai pertandingan ini," katanya ketika ditemui.

Katanya, pertandingan yang diadakan itu juga selaras dengan hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mahu semua perkhidmatan awam PBT sentiasa berada di tahap terbaik.

Majlis penyampaian anugerah Kategori Tandas Bersih 1Malaysia peringkat kebangsaan itu disempurnakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.

Anugerah itu turut menyaksikan Majlis Daerah Kemaman, Terengganu, mendapat Anugerah Pingat Emas, manakala Majlis Daerah Langkawi, Kedah menerima Anugerah Pingat Perak.

Murad berkata, kejayaan itu menjadi cabaran kepada MPJ dan PBT yang lain d inegeri ini dalam usaha terus mempertingkatkan tahap kebersihan tandas awam yang ada dikawasan masing-masing.

"Ia penting dalam usaha kenenterian memastikan semua PBT di negara ini menjadi agensi yang berkesan dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat seiring dengan hasrat mencapai status negara maju," katanya

Wednesday, November 24, 2010

Konsep Bandar Mampan

Dari segi konsep, Bandar Mampan adalah sebuah bandar yang mempunyai daya saing dari segi ekonomi dan kewangan dan pada masa yang sama membangun secara berimbang dalam semua aspek kehidupan bandar termasuk perumahan, pendidikan, pengangkutan, kesihatan, keselamatan awam dan alam sekitar.


Ini adalah selaras dengan prinsip pembangunan mampan yang telah diisytiharkan oleh Suruhanjaya Brundtland “Our Common Future” pada tahun 1987 (UNCED 1987). Menurut Suruhanjaya Brundtland, pembangunan mampan adalah satu bentuk pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan keperluan generasi yang akan datang.


Dalam konteks Malaysia, konsep ini dipadankan pula bukan sahaja dengan prinsip-prinsip yang terkandung dalam perisytiharan Brundtland dan Agenda 21 yang dipersetujui di Rio de Janeiro pada tahun 1992 tetapi juga dengan Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Sejagat (Garis Panduan Perancangan JPBD 22/97) yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD 1997). Di antara ciri-ciri utama yang ditekankan oleh Garis Panduan JPBD tersebut termasuklah prinsip-prinsip berkaitan keadilan dan kesaksamaan, ihsan, kepercayaan dan kekuasaan, keharmonian, penghormatan penuh kepada ilmu pengetahuan dan memperingati Pencipta, keamanan dan keselamatan, perundingan, bersih dan cantik dan pemuliharaan alam sekitar.


Rujukan

Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Sejagat (Garis Panduan Perancangan JPBD 22/97), JPBD, 1997.

UNCED. 1987. Our Common Future. Oxford.

.