Skip to main content
πππππππππ ππππππ 5 Jun 2023 - Patik mewakili Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh rakyat jelata Negeri Melaka merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pada 5 Jun 2023 bersamaan 6 Zulkaedah 1444H. Patik mendoakan semoga Allah SWT terus menganugerahkan KDYMM Tuanku kekuatan dan keberkatan untuk terus kekal bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan. Patik juga berdoa mudah-mudahan KDYMM Tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta semua putera, puteri dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya jua, dilanjutkan usia serta berada dalam keadaan sihat walafiat selama-lamanya. Daulat Tuanku! #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia #BijakLaksanaTuah #BeraniLaksanaJebat
Comments
Post a Comment