Skip to main content
Hari ini saya diamanahkan untuk mempengerusikan Mesyuarat Pemutihan Pelaksanaan Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim bagi Pepejal Komersial, Perindustrian dan Keinstitusian) di Seri Negeri. Mesyuarat ini membincangkan isu-isu yang melibatkan pengurusan sisa pepejal ICI dan juga berkenaan cadangan lokasi projek perintis bagi melaksanakan Smart Deep Collection. Dalam masa yang sama, saya juga telah diberikan taklimat berkenaan Smart Deep Collection System daripada Syarikat Zaquin Resources Sdn. Bhd. Idea yang menarik kerana sistem pengurusan pepejal ini menggabungkan Teknologi Internet of Things (IoT) dan juga Industri 4.0 bagi menghasilkan inovasi canggih sebegini. Turut dihadiri oleh KPSU (K), Unit Kerajaan Tempatan, YDP Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan juga YDP Majlis Perbandaran Jasin. InsyaAllah, saya percaya pihak kerajaan sentiasa komited untuk menjadikan Negeri Melaka negeri utama dalam meneroka penggunaan hasil inovasi dan teknologi baharu. Rais Yasin
Comments
Post a Comment