Alhamdulillah. Selesai mempengerusikan Mesyuarat Berkaitan 𝗜𝘀𝘂-𝗜𝘀𝘂 𝗗𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 (DRN Melaka) di Lembaga Perumahan Melaka. Untuk perkongsian, Dasar Perumahan Negeri Melaka (DRN) memainkan peranan dalam memangkin lonjakan ekonomi Negeri Melaka melalui Industri Hartanah di Melaka. Antara perkara penting yang dibincangkan adalah berhubung penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap DRN Negeri Melaka. Beberapa aspek yang dititikberatkan seperti keluasan pembangunan, kadar potongan harga dan hal-hal lain. Turut hadir bersama adalah YB Timbalan EXCO dan YBrs. Pengarah Lembaga Perumahan Melaka. Semoga pelaksanaan DRN ini dapat lebih ditambahbaik, demi kesejahteraan rakyat Negeri Melaka. Rais Yasin #MalaysiaMadani #DemiPayaRumput #BijakLaksanaHangTuah #BeraniLaksanaHangJebat #MelakakuMajuJayaRakyatbahagiaMenggamitDunia








 

Comments

Popular Posts