PEMANTAUAN PEMBINAAN TANPA KEBENARAN DAN PEMBAHARUAN PERMIT BANGUNAN SEMENTARA Jabatan Kawalan Bangunan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menjalankan pemantauan ke atas pembinaan tanpa kelulusan / kebenaran serta pemantauan terhadap kelulusan / pembaharuan permit bangunan sementara di dalam kawasan pentadbiran MPJ. Orang ramai khususnya masyarakat di Daerah Jasin diingatkan agar memohon kebenaran dari MPJ terlebih dahulu atau memohon permit kerja-kerja kecil sebelum mendirikan struktur binaan dan bangunan. Para peniaga juga diminta memastikan telah mendapat kelulusan permit bangunan sementara dan diperbaharui setiap tahun bagi menjalankan perniagaan. "SILA PATUHI ARAHAN PBT DI KAWASAN ANDA BAGI MENGELAKKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG DI AMBIL"







 

Comments