Tahukah anda? Pembakaran plastik secara terbuka bukan sahaja membebaskan gas berbahaya ke atmosfera, ia juga sangat toksik dan mencemarkan sumber air dan tanah yang membahayakan alam sekitar dan manusia. Pembakaran plastik akan membebaskan bahan kimia toksik seperti dioksin, furan dan logam berat. Pelbagai masalah kesihatan yang disabitkan dengan sumber ini seperti kanser, kerosakan saraf serta masalah pernafasan. Ia juga akan mencemarkan udara dengan asap toksik yang mengakibatkan pencemaran udara. Ini akan mengakibatkan asma dan penyakit pulmonari tersumbat yang kornik (COPD). Gas CFC yang dibebaskan juga akan merosakkan lapisan ozon yang boleh mengundang penyakit kanser kulit dan katarak. Malah, suhu bumi akan meningkat dan menyebabkan aras laut meningkat. Selain itu, pembakaran plastik juga akan mencemarkan tanah dan sisa kimia ini akan merosakkan tumbuh-tumbuhan, binatang dan hidupan yang lain. Ia akan menjejaskan rantai makanan dan menyebabkan kesan jangka masa panjang apabila ia mencemari sumber air dan merosakkan hidupan marin yang menjadi makanan manusia. Jesteru, aktiviti pembakaran sampah ini sangat berbahaya kepada manusia, bumi dan alam sekitar. Bersama kita kurangkan penggunaan plastik sekali guna dan meningkatkan kadar kitar semua dengan mengasingkan sampah dari rumah kita. #BeraniTegur #TrashToCash #BringYourOwn #JanganGunalah #AmalanMenjagaKebersihan #PangasinganSisaDiPunca #SAS #BuangSampahKeDalamTongSampah #pdkn2023 #strongertogether #unityindiversity #demipertiwi #malaysiabersihindahsejahtera


 

Comments