Lensa Foto MPJ di sekitar Majlis Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya - Bandaraya Pintar bagi bulan November yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka di MITC hari ini. Dalam ucapan dan amanat YAB Ketua Menteri Melaka, beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada PBT yang sentiasa cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab dan pencapaian tersebut melambangkan kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh penjawat awam di Melaka bagi menyelesaikan aduan-aduan rakyat mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Mengikut rekod, sebanyak 8,774 pelbagai jenis aduan berjaya diselesaikan oleh keempat-empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Melaka. Hadir sama, YBrs. Tuan Rosemanizam bin Mohammed Nalif, Yang Dipertua MPJ bersama Encik Muhammad Zahiruddin bin Mohd Zahari, Setiausaha MPJ serta Pengarah Jabatan dan Ketua Unit MPJ. 𝐉𝐨𝐦! "𝐋𝐢𝐤𝐞, 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞" 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐬𝐢𝐧 𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 / 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦 / 𝐘𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞 / 𝐗 / 𝐓𝐢𝐤𝐓𝐨𝐤 : @𝐦𝐩𝐣𝐚𝐬𝐢𝐧𝐨𝐟𝐟𝐢𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐁𝐥𝐨𝐠𝐬𝐩𝐨𝐭 : 𝐦𝐩𝐣𝐚𝐬𝐢𝐧.𝐛𝐥𝐨𝐠𝐬𝐩𝐨𝐭.𝐜𝐨𝐦 𝐖𝐞𝐛𝐬𝐢𝐭𝐞 : 𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐩𝐣𝐚𝐬𝐢𝐧.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲 𝐄𝐦𝐞𝐥 : 𝐢𝐧𝐟𝐨@𝐦𝐩𝐣𝐚𝐬𝐢𝐧.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲 YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari YB Datuk Rais Yasin YB Datuk Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin Melaka Hari Ini MELAKAfm #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat #MelakaRESPONSIVE #MalaysiaMadani #visitmelaka2024 #MPJPrihatinDiHatiku





 

Comments

Popular Posts