Operasi bersepadu Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) oleh Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Perbandaran Jasin yang dilaksanakan ke atas sebuah kilang di daerah Jasin, Melaka bagi memastikan majikan patuh terhadap penguatkuasaan Akta 446. Kesalahan-kesalahan yang dikenalpasti semasa operasi ini akan diambil tindakan selaras dengan akta yang sedang dikuatkuasakan dan operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan majikan patuh terhadap akta yang dikuatkuasakan serta tidak mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap pekerja.












 

Comments