Skip to main content
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐ข ๐๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ฎ๐ญ๐๐ฆ๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ญ๐ข๐ (๐๐ซ.) ๐๐๐ฃ๐ข ๐๐จ๐ก๐ ๐๐ฅ๐ข ๐๐ข๐ง ๐๐จ๐ก๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐๐ฆ 24 Ogos 2023 - Mewakili seluruh kepemimpinan Kerajaan Negeri Melaka dan rakyat Negeri Melaka, saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke atas Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74. Saya bersama pimpinan negeri dan sekalian rakyat Melaka sentiasa berdoa semoga negeri dan rakyat Melaka yang berada di bawah naungan Tuan Yang Terutama Tun akan terus maju jaya serta dilimpahkan segala kerahmatan, keberkatan dan kesejahteraan jua hendak-Nya. Amin, Ya Rabbal A’lamin. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bagi tahun 2023. Selamat Hari Jadi Tun! #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia #BijakLaksanaTuah #BeraniLaksanaJebat
Comments
Post a Comment