PENILAIAN ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS & ANTIRASUAH (AIGA) 2023 Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) merupakan penilaian bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) untuk menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah di MPJ. AIGA merupakan platform terbaik untuk mengukur sejauhmana usaha-usaha atau inisiatif meningkatkan integriti dalam organisasi, sistem pengurusan dalaman yang berfokuskan kepada tadbir urus terbaik serta sistem kawalan dalaman bagi mengekang berlakunya rasuah di MPJ. Sesi penilaian di MPJ telah dilaksanakan pada 10/7/2023 (Isnin) oleh 2 orang Panel daripada Institut Integriti Malaysia (IIM) iaitu Dr. Junaida binti Ismail dan Encik Shariful Amran bin Abd Rahman. Turut hadir pada sesi penilaian tersebut ialah Yang Dipertua (YDP), MPJ, YBrs. Tuan Rosemanizam bin Mohd Nalif, Setiausaha MPJ, YBrs. En. Muhammad Zahiruddin bin Mohd Zahari serta Ketua Unit / Jabatan MPJ. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! Facebook : https://www.facebook.com/mpjasin Instagram : @mpjasin_official Twitter : @mp_jasin Blogspot : mpjasin.blogspot.com YouTube : @majlisperbandaranjasin9368 Website : www.mpjasin.gov.my Emel : info@mpjasin.gov.my #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #BijakLaksanaTuah #BeraniLaksanaJebat #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia #MPJTolakRasuah









 

Comments

Popular Posts