Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), YBrs. Tuan Rosemanizam bin Mohd Nalif menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) Bil. 1/2023 (Zon Selatan dan Tengah) bertempat di Bilik Mesyuarat Menara MBJB. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Antara isu-isu yang dibincangkan ialah memaklumkan dasar-dasar terkini berkaitan PBT dan menyampaikan keputusan-keputusan Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) yang berhubung dengan tindakan Kerajaan Negeri dan PBT. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! Facebook : https://www.facebook.com/mpjasin Instagram : @mpjasin_official TikTok: @mpjasin_official Twitter : @mp_jasin Blogspot : mpjasin.blogspot.com YouTube : @majlisperbandaranjasin9368 Website : www.mpjasin.gov.my Emel : info@mpjasin.gov.my






 

Comments