Skip to main content
Tahukah anda? Di Jepun, tidak banyak tong sampah diletakkan di tempat awam. Ini termasuklah di stesen keretapi, kedai serbaneka, restoran dan pusat beli belah. Salah satu sebab utama tiadanya tong sampah diletakkan adalah faktor keselamatan. Dengan adanya tong sampah di tempat awam, sesiapa sahaja boleh memasukkan apa-apa objek ke dalamnya, termasuklah perbuatan jenayah. Setelah berlakunya peristiwa serangan gas sarin pada tahun 1995 di stesen keretapi bawah tanah Tokyo, banyak tong sampah dikeluarkan dari tempat awam di seluruh Jepun untuk mengelakkan berlakunya tragedi yang sama. Selain itu, warga Jepun juga sangat bertanggung jawab mengenai sampah mereka sendiri. Kebanyakan mereka cuba untuk tidak menghasilkan sampah baharu dan akan membawa pulang sampah mereka sendiri ke rumah untuk diasingkan dan tidak membuangnya di tempat awam. Ini adalah budaya warga Jepun dan sangat rahsia terbesar mengapa negara mereka begitu bersih. Di Jepun, terdapat juga peraturan ketat tentang pengasingan sisa di punca. Mereka akan mengasingkan sampah kepada beberapa kategori seperti sisa kitar semula, sisa tidak boleh dikitar semula, yang boleh dibakar dan yang tidak boleh dibakar. Mereka juga tidak dibenarkan untuk membuang sampah dari rumah mereka ke tong sampah awam, jadi mereka perlu menghantar sampah mereka ke pusat pengumpulan sampah yang khusus mengikut hari yang ditetapkan. Mampukah rakyat Malaysia juga menjadi cakna kebersihan seperti orang Jepun? Apa kata anda? #BeraniTegur #AmalanMenjagaKebersihan #PangasinganSisaDiPunca #SAS #BuangSampahKeDalamTongSampah #pdkn2023 #strongertogether #unityindiversity #demipertiwi #malaysiabersihindahsejahtera
Comments
Post a Comment