Sekitar Lawatan Penanda Aras Program Bandar Pintar Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ke Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Lawatan ini bertujuan mempelajari dan berkongsi pengalaman berkaitan Pelaksanaan Program Bandar Pintar dan pelaksanaan aplikasi ’flexi parking’ yang di laksanakan di MBSA. Delegasi MPJ diketuai YBrs. Encik Muhammad Zahiruddin Bin Mohd Zahari, Setiausaha MPJ manakala delegasi MPAG diketuai Puan Radzyma Binti Mahat, Pengarah Penguatkuasa. Sepanjang lawatan ini, delegasi telah diberikan taklimat oleh YBrs. Tuan Ir. Haji Cheremi Bin Haji Tarman, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, YBrs. Puan TPr. Aniza Binti Haji Osman, Pengarah Perancangan dengan tajuk ’pelaksanaan program-program bandar pintar dan YBrs. Puan Noraziah Binti Masara, Timbalan Ketua Bahagian Teknologi Maklumat dengan tajuk ’aplikasi flexi parking’. Delegasi turut dibawa melawat ke Pusat Integrasi Sistem Pemantauan Pintar Shah Alam (IRIS). Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! Facebook : https://www.facebook.com/mpjasin Instagram : @mpjasin_official Twitter : @mp_jasin Tiktok : @mpjasin_official Blogspot : mpjasin.blogspot.com YouTube : @majlisperbandaranjasin9368 Website : www.mpjasin.gov.my Emel : info@mpjasin.gov.my #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #MelakaRESPONSIVE #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia






 

Comments

Popular Posts