𝐒𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 & 𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐂𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐒𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟐 8 Jun 2023 - Pakcik ucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022, khususnya di Negeri Melaka yang menerima keputusan peperiksaan hari ini. Setinggi-tinggi tahniah juga pakcik ucapkan kepada 243 pelajar sekolah Kementerian Pendidikan di negeri Melaka yang memperolehi gred cemerlang A (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki, selain 9 pelajar mencapai gred Cemerlang Tertinggi ( A+ ) bagi semua mata pelajaran yang diambil. Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, seramai 10,151 ( 94.2% ) pelajar daripada 10,776 pelajar Sekolah Kementerian Pendidikan di Negeri Melaka berjaya mendapat sijil SPM 2022. Pakcik ucapkan, demoga pencapaian hari ini akan mendorong kejayaan masa depan! #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia #BijakLaksanaTuah #BeraniLaksanaJebat


 

Comments

Popular Posts