Skip to main content
Saya melancarkan Portal dan Aplikasi Mobile, Mytrees@Melaka iaitu sistem inventori dan pengurusan pokok di Negeri Melaka. Saya dimaklumkan, ia adalah sistem inventori dan pengurusan pokok yang pertama seumpamanya di negara ini. Yang hadir sama, YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Rais Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka dan YB Tuan Fairul Nizam Roslan Along, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka. Sistem ini dibangunkan oleh Unit Kerajaan Tempatan dan Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka sejak tahun 2017 lagi. Lima agensi pelaksana sistem ini pula adalah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB); @Majlis Perbandaran Alor Gajah MPAG; Majlis Perbandaran Jasin (MPJ); Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya - Bandaraya Pintar (MPHTJ) serta Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Portal dan aplikasi mobile baharu Mytrees@Melaka ini mempunyai beberapa pertambahan fungsi sistem seperti merekodkan kadar penyerapan gas karbon dioksida di sesuatu kawasan, penjanaan QR Code untuk tujuan penandaan inventori pokok secara pendigitalan, aduan isu pokok oleh orang awam dan juga status terkini penyelenggaraan pokok-pokok yang diinventorikan oleh agensi pelaksana. Terdapat sebanyak 40,174 data inventori pokok telah didaftar masuk ke dalam Sistem Mytrees@Melaka sejak ia dilaksanakan pada tahun 2017 hingga Mei 2023. Sistem ini boleh di akses melalui dua kaedah iaitu Website Portal https://mytrees.melaka.gov.my/ atau muat turun Aplikasi Mobile - MyTrees@Melaka melalui Google Play Store bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna iOS. #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia #BijakLaksanaTuah #BeraniLaksanaJebat
Comments
Post a Comment