Skip to main content
Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), YBrs. Tuan Rosemanizam bin Mohammed Nalif melakukan kunjung hormat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, YB Datuk Haji Zaidi bin Attan. Pada kunjung hormat tersebut, beberapa perkara berkaitan pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam turut dibincangkan. Antaranya perkongsian idea serta cadangan pembangunan di Dun Serkam dari segi sektor pelancongan yang boleh membuka pelbagai peluang pekerjaan serta ekonomi kepada masyarakat setempat sekali gus menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke Serkam. Selain itu, aspek kebersihan serta pengindahan landskap di Dun Serkam. Hadir sama, Setiausaha MPJ, YBrs. En. Muhammad Zahiruddin bin Mohd Zahari serta wakil dan Ketua Jabatan MPJ. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! Facebook : https://www.facebook.com/mpjasin Instagram : @mpjasin_official Twitter : @mp_jasin Blogspot : mpjasin.blogspot.com YouTube : @majlisperbandaranjasin9368 Website : www.mpjasin.gov.my Emel : info@mpjasin.gov.my #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #MelakaRESPONSIVE #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia
Comments
Post a Comment