Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kali pertama sejak saya mengambil alih kepemimpinan Kerajaan Negeri Melaka di sebuah hotel, malam ini. Sebagaimana dijanjikan, saya turut mengumumkan senarai 10 nama Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (MMKN) di bawah pentadbiran saya yang melambangkan kebersamaan kepemimpinan Kerajaan Perpaduan. Mendahului senarai ialah YB Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar yang membantu saya sebagai Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET. YB DATUK RAIS BIN DATUK WIRA YASIN EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana (Timbalan EXCO: YB Tuan Zulkifli bin Datuk Seri Mohd Zin) YB DATUK ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHMAN EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya (Timbalan EXCO: YB Datuk Haji Zaidi bin Attan) YB DR. MUHAMAD AKMAL BIN SALEH EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan (Timbalan EXCO: YB Tuan Low Chee Leong) YB TUAN FAIRUL NIZAM BIN ROSLAN EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital (Timbalan EXCO: YB Tuan Mohd Noor Helmy Abdul Halem) YB DATUK HAJAH KALSOM BIN NORDIN EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti (Timbalan EXCO: YB Puan Leng Chau Yen) YB TUAN P. SHANMUGAM A/L PITCHAY EXCO Belia, Sukan dan NGO YB TUAN NGWE HEE SEM EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan (Timbalan EXCO: YB Puan Siti Faizah binti Datuk Abd. Azis) YB DATUK HAMEED BIN MYTHEEN KUNJU BASHEER EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan (Timbalan EXCO: YB Tuan Zahari bin Abd Kalil) YB DATUK RAHMAD BIN MARIMAN EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama (Timbalan EXCO: YB Tuan Rosli bin Abdullah) YB TUAN SEAH SHOO SHIN EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (Timbalan EXCO: YB Puan Tuminah binti Kadi@Mohd Hasim) #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia









 

Comments

Popular Posts