Syabas dan tahniah kepada YBhg. Datuk Shadan Othman di atas pelantikan beliau sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang baharu berkuat kuasa hari ini. Tahniah juga saya ucapkan kepada YBhg. Datin Sapiah Haron yang mengisi kekosongan jawatan Shadan sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya - Bandaraya Pintar (MPHTJ). Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kerajaan, Unit Kerajaan Tempatan (UKT), YBrs. Rosmanizam Mohd Nalif@Zawawi pula dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), manakala YBrs. TPr. Saifuddin Abdul Karim kekal menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah MPAG. Di kesempatan ini, saya mewakili Kerajaan Negeri Melaka turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Zainal Abu, mantan Datuk Bandar MBMB di atas segala kerjasama, sokongan, inisiatif dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan beliau demi pembangunan Negeri Melaka. #TokLeman #BagiJadiKasiJadi #KestabilanDemiKemakmuran #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia


 

Comments

Popular Posts