Sekitar perjumpaan dan kunjung hormat daripada Bens Maju Sdn Bhd & Pengurusan Asahan Water Theme Park bersama Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), YBrs. Tuan Rosemanizam bin Mohd Nalif. Sepanjang perjumpaan dan kunjung hormat tersebut pelbagai perkara dibincangkan oleh kedua-dua pihak demi penambahbaikan serta merancakkan lagi kedatangan pelancong ke Daerah Jasin khususnya ke Bukit Batu Lebah dan Asahan Water Theme Park yang sememangnya sudah terkenal di kalangan penduduk Jasin dan kaki hiking. Selain itu, menjalinkan kolaborasi yang lebih erat antara kedua-dua belah pihak dan saling bertukar pandangan serta fikiran demi kemajuan Daerah Jasin. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! Facebook : https://www.facebook.com/mpjasin Instagram : @mpjasin_official Twitter : @mp_jasin Blogspot : mpjasin.blogspot.com YouTube : @majlisperbandaranjasin9368 Website : www.mpjasin.gov.my Emel : info@mpjasin.gov.my #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #MelakaRESPONSIVE #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia





 

Comments