Sekitar penyerahan tong sampah kitar semula daripada SWCorp Melaka yang diketuai oleh Pengarahnya, Tuan Khairul Adha bin Ab. Mutalib kepada Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), YBrs. Tuan Rosemanizam bin Mohd Nalif. Terdahulu, turut diadakan perjumpaan dan kunjung hormat daripada SWCorp Negeri Melaka kepada YDP MPJ. Sepanjang perjumpaan dan kunjung hormat tersebut pelbagai perkara dibincangkan oleh kedua-dua pihak demi penambahbaikan mutu perkhidmatan kepada masyarakat di Daerah Jasin. Selain itu, menjalinkan kolaborasi yang lebih erat antara kedua-dua belah pihak dan saling bertukar pandangan serta fikiran demi kemajuan Daerah Jasin. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! Facebook : https://www.facebook.com/mpjasin Instagram : @mpjasin_official Twitter : @mp_jasin Blogspot : mpjasin.blogspot.com YouTube : @majlisperbandaranjasin9368 Website : www.mpjasin.gov.my Emel : info@mpjasin.gov.my #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #MelakaRESPONSIVE #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia










 

Comments