Sekitar Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Bil.10/2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Vista Alamanda, MPJ yang turut diserikan dengan kehadiran Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Alam Sekitar Negeri Melaka, YB Datuk Zaidi bin Attan. Pada mesyuarat tersebut turut diadakan Majlis Semurni Bakti, Semanis Kenangan bagi meraikan YBhg. DSP Mispani bin Hamdan, Ketua Polis Daerah Jasin merangkap Ahli Majlis MPJ yang akan berpindah ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur atas kenaikan pangkat. Seluruh warga MPJ mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat dan semoga terus maju jaya di masa hadapan. Turut hadir sama, Yang Dipertua MPJ, YBhg. Datin Sapiah binti Haron dan Setiausaha MPJ, MPJ, YBrs. Encik Muhammad Zahiruddin bin Mohd Zahari serta Ketua Jabatan dan Ketua Unit MPJ. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #WawasanKemakmuranBersama2030 #MelakaRESPONSIVE #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia










 

Comments