Siri Jelajah Program Publisiti Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Jasin 2035 (Penggantian). Majlis Perbandaran Jasin bersama-sama PlanMalaysia Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) dan PlanMalaysia Melaka meneruskan sesi Publisiti Draf RTMPJ2035 dengan mengadakan Siri Jelajah ke Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ada di dalam kawasan pentadbiran MPJ. Siri Jelajah diteruskan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam dimana taklimat RTMPJ2035 telah diberikan kepada YB Datuk Zaidi bin Attan, Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Serkam bersama semua pemimpin masyarakat yang terdiri dikalangan Ahli Majlis, JPKK dan wakil penduduk di Japerun Serkam. Turut hadir sama, Pengarah Perancang Bandar Dan Desa (JPBD) MPJ, TPr. Shamsidah binti Ismail dan Pengurus Projek bagi RTMPJ2035 iaitu TPr Mohd Husaini bin Haron dari PPZS. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! #RancangBersamaMasyarakat #5J - Jejak, Jelajah, Juadah, Jemari, Jendela #JomKeJasin #JasinPerbandaranLestariBerdaya Saing&Inklusif








 

Comments