Siri Jelajah Program Publisiti Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Jasin 2035 (Penggantian). Majlis Perbandaran Jasin bersama-sama PlanMalaysia Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) dan PlanMalaysia Melaka meneruskan sesi Publisiti Draf RTMPJ2035 dengan mengadakan Siri Jelajah ke Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ada di dalam kawasan pentadbiran MPJ. Siri Jelajah ini diteruskan dengan DUN Bemban dimana taklimat RTMPJ2035 telah diberikan kepada YB Datuk Wira Hasan bin Abdul Rahman, Penyelaras Japerun Bemban bersama pemimpin masyarakat dan wakil penduduk di DUN Bemban. Turut hadir sama, Pengarah Perancang Bandar Dan Desa (JPBD) MPJ, TPr. Shamsidah binti Ismail dan Pengurus Projek bagi RTMPJ2035 iaitu TPr. Mohd Husaini bin Haron dari PPZS. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! #JomKeJasin #RancangBersamaMasyarakat #5J - Jejak, Jelajah, Juadah, Jemari, Jendela #JasinPerbandaranLestariBerdayaSaing&Inklusif






 

Comments