Sekitar Majlis Semurni Bakti, Semanis Kenangan Tuan Haji Zainuddin bin Samad, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ). Beliau memulakan perkhidmatan di MPJ mulai 23 Februari 1996 hingga 26 Oktober 2022 dan telah menabur khidmat bakti selama 26 tahun 8 bulan 4 hari di MPJ. Sepanjang perkhidmatan, anugerah yang telah beliau terima adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2003 dan 2007, Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (Januari - Jun 2018). Selain itu, beliau turut dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) pada 11 Disember 2012 dan Pingat Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T.) pada 9 Oktober 2020. Turut hadir sama, Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), YBhg. Datin Sapiah binti Haron dan Setiausaha MPJ, YBrs. Encik Muhammad Zahiruddin bin Mohd Zahari. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #WawasanKemakmuranBersama2030 #MelakaRESPONSIVE #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia










 

Comments