Sekitar Karnival Rim Dihatiku yang telah berlangsung di Padang Awam Taman Chenderawasih, Kampung Chenderah dan telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Rim. Pelbagai aktiviti telah berlangsung sepanjang karnival tersebut antaranya Batik Fun Walk, Fun Ride (berbasikal), Iron Man Challenge, Pertandingan memasak dan banyak lagi. Aktiviti yang dianjurkan meliputi setiap lapisan umur. Turut hadir sama, Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), YBhg. Datin Sapiah binti Haron dan Setiausaha MPJ, YBrs. Encik Muhammad Zahiruddin bin Mohd Zahari. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #WawasanKemakmuranBersama2030 #MelakaRESPONSIVE #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia












 

Comments