π’πžπ₯𝐚𝐦𝐚𝐭 π‡πšπ«π’ πŠπžπ›πšπ§π π¬πšπšπ§ Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2022 kepada seluruh "Keluarga Malaysia", khususnya buat rakyat Negeri Melaka walau di mana jua anda berada. Selama 65 tahun kita mencapai kemerdekaan, seharusnya kita mengambil peluang dan ruang untuk mengenang erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air. Ini bersesuaian juga dengan aspirasi slogan sambutan Hari Kebangsaan iaitu “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”. Sama-samalah kita menghayati semangat kemerdekaan dengan memperkukuh perpaduan. Selamat Hari Kebangsaan! #TokLeman #BagiJadiKasiJadi #KestabilanDemiKemakmuran #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia


 

Comments