Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), YBhg. Datin Sapiah binti Haron mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, YB Puan Siti Faizah binti Datuk Abdul Aziz melakukan lawatan turun padang ke lokasi aduan masyarakat. Pada lawatan turun padang tersebut, beberapa perkara berkaitan pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai turut dibincangkan. Antaranya perkongsian idea serta cadangan pembangunan di Dun Sungai Rambai dari segi sektor pelancongan yang boleh membuka pelbagai peluang pekerjaan serta ekonomi kepada masyarakat setempat. Selain itu, pusat rekreasi untuk aktiviti riadah dan bersukan, aspek kebersihan, pengindahan landskap di Dun Sungai Rambai serta perumahan mampu milik untuk masyarakat DUN Sungai Rambai khususnya. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #WawasanKemakmuranBersama2030 #MelakaRESPONSIVE #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia









 

Comments