Jabatan Penguatkuasaan (JP) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah menjalankan Ops Bersepadu Lesen bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sekitar kawasan Pentadbiran MPJ. Pada ops tersebut sebanyak 20 premis telah di periksa. Sebanyak 4 Notis Kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen dari MPJ dan 1 Notis Pemberitahuan kesalahan atas kesalahan lesen tamat tempoh. ( NPK - 07 Hari). ‘SILA PATUHI ARAHAN PBT DI KAWASAN ANDA BAGI MENGELAKKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG DI AMBIL’ Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #WawasanKemakmuranBersama2030 #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia


 

Comments