Sekitar majlis persaraan dan Majlis Jasamu Di Kenang Encik Tugiman bin Amat daripada Jabatan Jabatan Landskap & Perkhidmatan Bandar MPJ di Bilik Mesyuarat Utama, Vista Alamanda, MPJ. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua (YDP) MPJ, YBhg. Datin Sapiah binti Haron dan Setiausaha MPJ, YBrs. En Muhammad Zahiruddin bin Mohd Zahari dan turut menyaksikan buat kali terakhirnya, Encik Tugiman mengetik imbasan jari sebelum mula bersara wajib dan menitipkan ucapan terima kasih atas sumbangan bakti sepanjang berkhidmat di MPJ. Seluruh warga kerja MPJ mengucapkan Selamat Bersara & Semoga Terus Maju Jaya. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #WawasanKemakmuranBersama2030 #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia












 

Comments