ekitar Majlis Penyampaian Anugerah Bandar Rendah Karbon Tahun 2021 yang telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air bertempat di Hotel EQ, Equatorial Plaza Kuala Lumpur anjuran Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC). Majlis ini bertujuan mengiktiraf komitmen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), badan- badan kerajaan dan organisasi swasta dalam pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) menerusi Program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C). Sebanyak 13 Zon Rendah Karbon dan 30 Rakan Kongsi Rendah Karbon telah menerima pengiktirafan Diamond bagi inisiatif pengurangan pelepasan GHG. Tahniah kepada Majlis Perbandaran Jasin yang telah berjaya memperolehi pengiktirafan DIAMOND bagi Projek LCCF Jasin 1 bagi Zon Melaka Low Carbon City (MLCC). Pengiktirafan ini diberikan berdasarkan pengurangan karbon sebanyak 10,513.97tCO2e. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #WawasanKemakmuranBersama2030 #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia










 

Comments