Skip to main content
Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), YBhg. Datin Sapiah binti Haron melakukan kunjung hormat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, YB Puan Siti Faizah binti Datuk Abdul Aziz di Japerun Sungai Rambai, di sini. Pada kunjung hormat tersebut, beberapa perkara berkaitan pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai turut dibincangkan. Antaranya perkongsian idea serta cadangan pembangunan di Dun Sungai Rambai dari segi sektor pelancongan yang boleh membuka pelbagai peluang pekerjaan serta ekonomi kepada masyarakat setempat. Selain itu, pusat rekreasi untuk aktiviti riadah dan bersukan, aspek kebersihan serta pengindahan landskap di Dun Sungai Rambai. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #WawasanKemakmuranBersama2030 #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia
Comments
Post a Comment