πŸ’žπŸ’žPROGRAM MPJ PRIHATIN - SESI PENYERAHAN KIT MAKANAN BERSEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2022πŸ’žπŸ’ž Yang Dipertua MPJ, YBhg. Datin Sapiah binti Haron meluangkan masa menyantuni & menyampaikan sumbangan kit makanan kepada masyarakat berbangsa Tionghua di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Merlimau, Bemban dan Serkam. Inisiatif tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat MPJ dalam menyelami denyutan nadi masyarakat khususnya di Daerah Jasin sekaligus menyantuni mereka terutama menjelangnya sambutan sesuatu perayaan. Semoga dengan sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan mereka yang memerlukan dalam merayakan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini. Seluruh warga kerja MPJ mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2022 kepada masyarakat berbangsa Tionghua khususnya di Daerah Jasin. Turut hadir sama, Penyelaras Japerun Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, YB Datuk Wira Hasan bin Abd. Rahman dan Setiausaha MPJ, YBrs. Encik Muhammad Zahirrudin Bin Mohd Zahari. 'MPJ SANTUNI MASYARAKAT TIONGHUA SEMPENA TAHUN BARU CINA' Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #WawasanKemakmuranBersama2030 #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia



















 

Comments