Sekitar Penyampaian Sijil & Saguhati Penerima Anugerah Staf Cemerlang Bulanan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) yang telah disempurnakan penyampaiannya oleh Yang Dipertua MPJ, YBhg. Datin Sapiah binti Haron di Bilik Mesyuarat Utama, Vista Alamanda MPJ. Sekalung ucapan tahniah kepada para penerima Anugerah Staf Cemerlang Bulanan MPJ dan semoga anugerah tersebut menjadi pemangkin untuk terus menabur khidmat bakti yang terbaik demi kemajuan bersama khususnya MPJ dan Negeri Melaka amnya. Turut hadir sama, Setiausaha MPJ, YBrs En Muhammad Zahiruddin bin Mohd Zahari. #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia #WawasanKemakmuranBersama2030 #JasinBandarBahagia #MPJPrihatinDiHatiku














 

Comments