Lawatan Turun Padang Ke Tapak Penjaja Sementara di Bandar Jasin Bestari Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin, YBrs. En Muhammad Zahiruddin bin Mohd Zahari bersama Clr. Datuk Subramanian a/l Vengadasamy dan Clr. Encik Abd Halim bin Hj. Ab Ghani, Pengarah Kawalan Perniagaan, Pengarah Penguatkuasaan serta turut hadir sama wakil Persatuan Penjaja meluangkan masa turun padang menyantuni para penjaja dan peniaga di samping meninjau aktiviti perniagaan yang dijalankan di kawasan sekitar Bandar Jasin Bestari. Lawatan ini bertujuan bagi bertemu dan menyelami sendiri isu serta permasalahan para penjaja, peniaga kawasan sekitar serta orang awam di situ. Segala pandangan baik dari para peniaga mahupun dari pelbagai pihak termasuk orang awam turut diambil kira dalam memastikan setiap aktiviti perniagaan yang dibenarkan beroperasi tidak mendatangkan permasalahan di kemudian hari. Lawatan ini juga adalah rentetan daripada cadangan penempatan semula tapak penjaja sementara daripada Jalan Bestari 5 Bandar Jasin Bestari ke lokasi baharu di Jalan Bestari 2 dan 4 berhadapan premis JnT Jasin Bestari yang dijangka akan berkuatkuasa pada 13 September 2021. Cadangan pemindahan ini selaras dengan penambahan bilangan penjaja, penilaian semula dari aspek keselamatan pembeli, peniaga premis dan orang awam serta mengurangkan kesesakan lalulintas pada waktu puncak. Majlis Perbandaran Jasin komited dalam memastikan setiap golongan peniaga dari pelbagai sektor dapat beroperasi sebaiknya mengikut peraturan dan SOP yang ditetapkan serta bersama-sama mengamalkan norma baharu dalam aktiviti seharian dalam menangani pandemik COVID-19. #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia #WawasanKemakmuranBersama2030 #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia





 

Comments

Popular Posts