Kerajaan Negeri Melaka akan melaksanakan pemasangan Lesen Premis Digital (MyPATIL) melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka bermula pada 13 September 2021. Kemudahan ini akan memanfaatkan kepada tiga (3) sasaran iaitu peniaga, kerajaan dan rakyat di Negeri Melaka secara keseluruhannya. Sistem MyPATIL berperanan mengintegrasi lesen perniagaan dan sistem di setiap PBT berkaitan dan sekaligus memperkenalkan Lesen Premis Digital Berasaskan Teknologi Pintar (IOT). Ayuh, bersama kita merealisasikan Melaka sebagai negeri pertama melaksanakan Lesen Premis Digital 2021. #KawalanDiri #MelakaMestiMenangCovid19 #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia


 

Comments