Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-58 yang diraikan pada 16 September 2021. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Detik penuh bersejarah yang kita raikan pada 16 September setiap tahun itu tidak kurang pentingnya dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, dan ia perlu dijiwai oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang agama, rumpun bangsa serta fahaman politik. Hari ini tugas besar kita bukan hanya untuk memperkasakan kembali sektor ekonomi yang terkesan akibat pandemik COVID-19, tetapi harus memastikan rakyat kita dapat membiasakan diri dalam suasana norma baharu. Selamat Menyambut Hari Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύ #TokLeman #BagiJadiKasiJadi #BersamaMenanganiCOVID19 #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia


 

Comments