⚠️⚠️Pemakluman Awam⚠️⚠️ Sukacita dimaklumkan bahawa PLANMalaysia@Pejabat Projek Zon Selatan (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia) bersama-sama dengan PLANMalaysia@Melaka (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka) dan Majlis Perbandaran Jasin sedang menjalankan Kajian Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Jasin 2035 (Penggantian) secara rasminya pada 15 April 2021. Pihak Perunding Iktisas Planners Sdn Bhd pula telah dilantik sebagai perunding utama bersama-sama sub perunding yang lain dalam menjalankan kajian ini sehingga 15 April 2022. Sehubungan itu, orang awam adalah dijemput untuk memberi pandangan dalam sesi Pandangan Awam Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Jasin 2035 (Penggantian) yang dijalankan secara online di pautan berikut :- Pautan Google Form: https://forms.gle/y73Lv8QR2YgJ4Da2A Sekian, terima kasih. Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Perbandaran Jasin sekarang! #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #PrihatinRakyatDaruratMemerangiCovid19 #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia


 

Comments