Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah melaksanakan rondaan berkaitan ternakan terbiar lembu/kambing berkeliaran di tempat awam yang mengakibatkan kacau gaggu, mengancam keselamatan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya serta isu kebersihan. Lokasi rondaan tertumpu kepada Jalan Persimpangan Lampu Isyarat Serkam ke Kampung Serkam Darat, Pekan Umbai, Kampung Bukit Tembakau, Lebuh AMJ ke Persimpangan Lampu Isyarat Serkam terus ke Kawasan Industri Halal Hub Serkam, Taman Seri Serkam, Rimbunan Kasih dan Pekan Umbai. Hasil dari operasi yang telah dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan MPJ, telah berjaya menangkap dua (2) ekor lembu dan seekor (1) ekor kambing. Amaran dan kompaun kepada pemilik ternakan tersebut telah dikeluarkan selaras dengan Undang-undang Kecil Perlesenan Haiwan Ternakan MPJ 2012. Kerjasama semua pemilik haiwan ternakan adalah dipohon agar memastikan semua haiwan ternakan di kawal agar tidak merisikokan pengguna serta penduduk kawasan sekitar. "SILA PATUHI ARAHAN PBT DI KAWASAN ANDA BAGI MENGELAKKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG DI AMBIL" #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #PrihatinRakyatDaruratMemerangiCovid19 #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia


 

Comments