Jabatan Kawalan Perniagaan (JKP) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyantuni dan menjalankan pemantauan terhadap penjaja, pematuhan syarat lesen & SOP di Jasin Bestari. Antara kemudahan insentif Melaka Bebas Niaga di Jasin di mana tapak penjaja SEMENTARA di Bandar Jasin Bestari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penjaja diperingatkan mematuhi syarat lesen serta sewaan petak parking sementara, syarat keperluan SOP, kebersihan diri juga semasa pengendalian makanan, keselamatan penjaja dan pembeli turut diutamakan. Kerjasama yang baik diberikan bukan sahaja membantu penjaja dan pihak MPJ malah kepada orang awam khususnya. Marilah sama-sama mematuhi peraturan dan mengekalkan norma baharu dalam aktiviti seharian dalam menangani pandemik Covid 19. "SILA PATUHI ARAHAN PBT DI KAWASAN ANDA BAGI MENGELAKKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG DI AMBIL" #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMengamitDunia #PrihatinRakyatDaruratMemerangiCovid19 #MPJPrihatinDiHatiku #JasinBandarBahagia


 

Comments