Pelancaran Logo Baharu Kelab Rekreasi & Kebajikan MPJ


 Murad (depan, dua kanan) bergambar bersama barisan jawatankuasa Kelab Rekreasi dan Kebajikan MPJ selepas majlis perasmian


    Murad ketika merasmikan pelancaran logo baru Kelab Rekreasi dan Kebajikan MPJ
                                          sambil diperhatikan barisan jawatankuasa kelab



Kelab Rekreasi dan Kebajikan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) kini berwajah baru di bawah kepimpinan yang diterajui pengerusinya, Mohammad Hiriddin Hisham.

       Kelab ini juga turut dibarisi barisan jawatankuasa seramai 14 orang yang diberi mandat serta kepercayaan sepenuhnya daripada warga kerja MPJ untuk mengerakkan dan menjalankan pelbagai program serta aktiviti. 
   
      Terdahulu, majlis perasmian serta pelancaran logo baru Kelab Rekreasi dan Kebajikan MPJ telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPJ, Murad Husin di Dewan Alamanda, di sini.

      Dalam ucapannya, Murad mengharapkan agar kelab di bawah pucuk pimpinanan yang baru ini akan lebih pro-aktif dalam merencana aktiviti sepanjang tahun.

      "Saya juga berharap agar kelab yang ditubuhkan ini dapat menjaga kebajikan ahli-ahli, merapatkan perhubungan antara ahli kelab, mengeratkan ikatan silaturrahim, bekerjasama seterusnya persefahaman di kalangan ahli kelab," ujarnya.

       Dalam pada itu, beliau juga menyarankan agar Kelab Rekreasi dan Kebajikan MPJ dapat menjana pendapatan agar segala perancangan serta program yang telah diatur sepanjang tahun dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Comments