Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal Diadakan Dalam Suasana Ringkas Namun Meriah

Satu majlis perpisahan pelajar praktikal, Nor Akmal Abdul Samad telah di adakan bagi meraikan pelajar tersebut yang telah menamatkan latihan amali di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

       Nor Akmal pelajar Diploma Perancang Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak telah menjalani latihan amali di MPJ selama tiga bulan bermula 26 November 2012 hingga 8 Mac 2013.

       Sepanjang menjalani latihan amali di MPJ, Nor Akmal telah ditempatkan di Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) dan telah memberikan sepenuh kerjasama serta komitmen terhadap segala arahan yang diberikan kepadanya.

       Dalam pada itu, majlis tersebut telah diadakan dalam suasana ringkas namun meriah di mana ianya turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Kanan JPBD, Shamsidah Ismail dan kakitangan MPJ.

       Pihak MPJ mengucapkan terima kasih kepada pelajar tersebut kerana telah memberi kerjasama yang baik sepanjang menjalani latihan amali di MPJ.

Comments

Post a Comment