Kongsi Pengalaman Semarakkan Amalan 5S, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin Lawat MPJ

Jawatankuasa Latihan 5S MPJ, Sakiah Bedol (kanan) menunjukkan anugerah pencapaian yang pernah dimenangi MPJ kepada delegasi 


TAKLIMAT...Delegasi diberi taklimat oleh Penyelaras 5S MPJ, Othman Ab. Latif (kanan) sebelum dibawa melawat ke jabatan-jabatan terdapat di MPJ  


Firdawaty menerima cenderahati daripada Penyelaras 5S MPJ, Othman Ab. Latif diperhatikan tetamu yang hadir

 
Kaedah Amalan Persekitaran Berkualiti 5S adalah menjadi salah satu pendekatan terbaik bagi mengubah persekitaran pejabat menjadi kemas, teratur dan kondusif.

          Pelaksanaan Amalan 5S yang menyumbang kepada persekitaran berkualiti ini juga dapat melahirkan kakitangan yang bermotivasi, kreatif, inovatif dan berdaya saing untuk mencapai kecemerlangan.

          Amalan ini bertujuan mempertingkatkan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti serta menjamin keselamatan dokumen, rekod individu dan peralatan secara berterusan.

          Dalam pada itu, pelaksanaan Amalan 5S di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) bermula pada tahun 2010 dan telah dipersijilkan pada tahun berikutnya.

          Terkini, MPJ telah dikunjungi delegasi dari Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin di mana lawatan tersebut bertujuan berkongsi pengalaman dan pandangan dalam menyemarakkan amalan persekitaran berkualiti 5S.

          Kunjungan tersebut diketuai Ketua Zon Imam Abu Yusof, Firdawaty Mohammad dan disertai lapan ahli kumpulan terbabit.

          Sepanjang lawatan, delegasi telah di bawa melawat ke beberapa jabatan di MPJ termasuk stor, galeri dan bilik fail untuk melihat secara dekat amalan 5S yang diamalkan di MPJ.

Comments