Jeram Tok Janggut Kampung Gapis, Nyalas Berpotensi Untuk Destinasi Ekopelancongan Terbaru Di Daerah Jasin

Lokasi Jeram Tok Janggut terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Batang Melaka turut dilingkungi pemandangan hijau dan kawasan pertanian seperti tanaman getah


Jeram Tok Janggut mempunyai pemandangan lestari dan air terjun yang cantik serta berpotensi dimajukan sebagai lokasi ekopelancongan menarik di Daerah Jasin


 Aliran air yang terdapat di Jeram Tok Janggut


Jeram Tok Janggut mempunyai keistimewaan tersendiri yang pasti menambat hati pengunjung serta berpotensi dijadikan aktiviti perkhemahan, aktiviti lasak dan 'jungle tracking'
 


Jeram Tok Janggut terletak di Kampung Gapis, Nyalas di sini yang mempunyai pemandangan lestari dan air terjun yang cantik berpotensi dimajukan sebagai lokasi ekopelancongan yang menarik di daerah ini.

          Selain terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Batang Melaka serta mempunyai keindahan alam semula jadinya, Jeram Tok Janggut turut mempunyai keistimewaan kerana dilingkungi pemandangan hijau dan kawasan pertanian seperti tanaman getah, durian, rambutan sebagainya.

          Di samping itu, Jeram Tok janggut mempunyai tarikan tersendiri untuk dimajukan kerana mempunyai jaringan jalan raya yang baik dan terletak kira-kira 3 kilometer (KM) dari Pekan Nyalas serta 25 km daripada Bandar Jasin.

          Jeram Tok Janggut yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Batang Melaka mempunyai keistimewaan tersendiri yang pasti menambat hati pengunjung serta berpotensi dijadikan aktiviti perkhemahan, aktiviti lasak dan 'jungle tracking'.

          Selain itu, jika lokasi ini menjadi salah satu produk pelancongan baru serta aktiviti pelancongan berbeza dalam daerah Jasin, ianya dilihat dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri khususnya dan Daerah Jasin amnya.

          Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) melalui Setiausahanya, Ainu Nizla Kasman; Ahli Majlis kawasan, Norman Rusdi serta wakil daripada Pejabat Tanah dan Daerah dan Belia Kampung Gapis telah mengadakan lawatan untuk mengenal pasti potensi yang ada di kawasan tersebut bagi membangunkannya dan kawasan sekitarnya.

         Dalam pada itu, MPJ berharap agar pihak-pihak tertentu terutamanya Kementerian Pelancongan membantu ke arah memajukan Jeram Tok Janggut ini sebagai salah satu destinasi pelancongan di negeri ini.

Comments