ANUGERAH PEKERJA CONTOH (KATEGORI PEKERJA LUARAN)

ANUGERAH PEKERJA CONTOH....Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Murad Husin menyampaikan sijil kepada Mokhtar Othman penerima Anugerah Pekerja Contoh Penggal Suku Tahun Keempat 2012 MPJ (Kategori Pekerja Luaran) sambil diperhatikan Pengarah Kanan Jabatan Khidmat Pengurusan dan Korporat (JKPK) MPJ, Othman Ab Latif.

          Penyampaian anugerah tersebut diadakan sempena Majlis Perhimpunan Pagi Bulanan MPJ di Dataran MPJ, di sini.

          Mokhtar yang memegang jawatan sebagai Pekerja Awam di Jabatan Landskap dan Perkhidmatan Bandar (JLPB) mula berkhidmat di MPJ sejak 2002, dipilih sebagai pekerja contoh berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan seperti daya kreatif dalam melaksanakan tugas, aktiviti jabatan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

         Selain itu, aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, penilaian melalui permarkahan dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT), prestasi kerja dalam tempoh tiga bulan terakhir dan laporan kedatangan.

Comments