Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Jasin, Kontinjen MPJ Gondol Naib Johan Kategori Perbarisan & Perarakan Agensi Kerajaan

 Ahmad menyampaikan hadiah naib johan kategori perbarisan dan perarakan agensi kerajaan, swasta, petubuhan @ Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kepada wakil kontinjen MPJ  


Kontinjen MPJ ketika menyertai Majlis Perhimpunan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Jasin


Kontinjen MPJ tidak terkecuali menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Jasin setiap tahun



Kontinjen Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah menyertai Majlis Perhimpunan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Jasin, di sini.

          Program tahunan itu yang bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' bermula dari Stadium Jasin dan berakhir di Dataran Jasin, di sini.

          Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Ghazale Muhamad; ADUN Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman; ADUN Rim, Mohd Yazed Khamis; ADUN Bemban, Chua Kheng Hwa; ADUN Merlimau, Roslan Ahmad; Pegawai Daerah Jasin, Roslan Eusoff dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin.

          Pada tahun ini, sebanyak 23 kontinjen terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Institusi Pendidikan, Sekolah dan Kolej. 

          Dalam pada itu, kontinjen MPJ yang menyertai perarakan ini disertai oleh Ketua-ketua Jabatan MPJ serta wakil kakitangan daripada setiap jabatan di MPJ.

          Pada program tersebut, kontinjen MPJ berjaya merangkul naib johan kategori perbarisan dan perarakan agensi kerajaan, swasta, petubuhan @ Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
    Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah.

Comments