Portal MPJ Peroleh Penarafan 5 Bintang Untuk Tahun Ketiga Berturut-turut

 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat MPJ, Siti Zubaidah Ahmad (kanan) menerima Anugerah Pencapaian Prestasi Cemerlang MGPWA 2012 dari Pengurus Kanan Governance Dimension MDeC, Gayah Gulam Haidar (kiri)


 Sebahagian penerima Anugerah Pencapaian Prestasi Cemerlang MGPWA 2012 bergambar bersama selepas majlis 



Portal Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah memperolehi penarafan 5 bintang dari Malaysia Goverment Portals and websites Assesment (MGPWA) 2012.

          Bertambah manis, kejayaan tersebut merupakan tahun ketiga berturut-turut portal MPJ menerima penarafan itu di atas kejayaan menyampaikan perkhidmatan dalam talian secara efisien dan berkesan.

          Bercirikan mesra pengguna serta memberi perkhidmatan yang efektif dan memberi pulangan nilai kepada pelanggan melalui pendekatan terbaik e-kerajaan, juga untuk memastikan portal MPJ sentiasa menyediakan perkhidmatan yang cemerlang.

          Penyampaian Anugerah Pencapaian Prestasi Cemerlang MGPWA 2012 kepada 132 laman web/portal di bawah projek Managed Portal Services (MPS) yang mendapat penarafan 5 bintang telah diadakan di Pulai Springs Resort, Johor, baru-baru ini.

          Anugerah penyampaian itu diadakan sempena Program Persediaan Peralihan Laman Web/Portal di mana objektif program adalah untuk memberi pendedahan ciri-ciri aplikasi/portlet yang disediakan oleh SKALI Stage 3.

          Di samping itu, membincangkan proses persediaan peralihan laman web/portal dari SKALI kepada Agensi seperti migrasi, transfer of technology (TOT) dan transfer of knowledge (TOK).

Comments