PEKERJA CONTOH SUKU TAHUN KEEMPAT 2012


 ANUGERAH PEKERJA CONTOH....Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Murad Husin menyampaikan sijil kepada Norazilah Abu penerima Anugerah Pekerja Contoh Penggal Suku Tahun Keempat 2012 MPJ (Kategori Pekerja Dalaman) sambil diperhatikan Pengarah Kanan Jabatan Khidmat Pengurusan dan Korporat (JKPK) MPJ, Othman Ab Latif.

          Penyampaian anugerah tersebut diadakan sempena Majlis Perhimpunan Pagi Bulanan MPJ di Dataran MPJ, di sini.

          Norazilah yang memegang jawatan sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi di Jabatan Kewangan (Unit Hasil) mula berkhidmat di MPJ sejak 2002, dipilih sebagai pekerja contoh berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan seperti daya kreatif dalam melaksanakan tugas, aktiviti jabatan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

         Selain itu, aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, penilaian melalui permarkahan dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT), prestasi kerja dalam tempoh tiga bulan terakhir dan laporan kedatangan.

Comments