Memperkasakan Perkhidmatan Sektor Awam MPJ Anjur Mesyuarat Penetapan SKT 2013

 Mesyuarat penetapan SKT 2013 yang dianjurkan sebagai usaha berterusan merealisasikan MPJ sebagai PBT cemerlang


Murad (duduk depan, tengah) bergambar bersama Pengarah Jabatan MPJ selepas Mesyuarat Penetapan SKT 2013 di Port Dickson



Dalam usaha merealisasikan aspirasi kerajaan termasuk memperkasakan perkhidmatan sektor awam, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memainkan peranan yang penting serta merupakan agensi yang paling dekat dengan rakyat.

          Selain itu, PBT juga dilihat sebagai pemangkin kepada pelaksana program dan projek bagi menyempurnakan penyampaian perkhidmatan awam daripada kerajaan kepada rakyat.

          Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) turut tidak terkecuali menganjurkan Mesyuarat Penetapan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2013 di Port Dickson, baru-baru ini.

          Menurut Yang Dipertua MPJ, Murad Husin, bengkel tersebut bertujuan sebagai pelaksanaan program tahun 2013 selain memantapkan penyampaian perkhidmatan awam khususnya MPJ kepada rakyat.

          Beliau berkata, selain itu, ianya juga bertujuan sebagai usaha berterusan MPJ dalam mempertingkatkan perkhidmatan dan imej kepada rakyat serta pelanggan yang sering berurusan dengan pihak MPJ.

          "Bengkel tersebut disertai semua Pengarah Jabatan MPJ dan diharapkan dapat bekerjasama dari masa ke semasa seterusnya menjadikan SKT 2013 sebagai garis panduan agar usaha merealisasikan MPJ sebagai PBT cemerlang akan dapat dicapai," katanya.

Comments