Futsal Persahabatan MPJ & MDT, MPJ Menang Bergaya Benam MDT 3-2

 Kedua-dua pasukan bergambar bersama selepas perlawanan 


Shahrul Nizam (kiri) menyampaikan cenderahati kepada wakil MDT



TAMPIN : Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) muncul juara dalam perlawanan futsal persahabatan ketika menentang Majlis Daerah Tampin (MDT) di Kompleks Belia dan Sukan Taman Gunung Emas, Tampin di sini, baru-baru ini.

          Kejayaan tersebut terlakar setelah MPJ berhempas pulas untuk menundukkan cabaran MDT dengan keputusan 3-2.

          Ketua Pasukan Futsal MPJ, Shahrul Nizam Yaakub berkata, perlawanan persahabatan anjuran MPJ itu jelas mendapat sambutan positif dan dijangka akan diteruskan dalam usaha merapatkan lagi ikatan silaturrahim.

          Menurutnya, aktiviti itu juga menjadi medan mendekatkan peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan masyarakat selain memberi maklumat sumbangan MPJ kepada pembangunan negara.

         "Kemenangan bukan keutamaan MPJ namun lebih kepada menzahirkan kakitangan sihat dan cergas.

         "Biarpun kita sibuk bekerja, tetapi saya bangga kerana peserta masih dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan perlawanan ini," katanya.

         Pada perkembangan lain, beliau tidak menolak untuk mengadakan lebih kerap program sihat ini yang dilihat sebagai medan terbaik dalam menjalinkan hubungan erat dengan rakan setugas.

Comments